Kunjungan pertama
Oleh : A ISH DAMIA UTHAILAH BINTI ROHIZAD | Pada : 11 Juni 2019 | Dilihat Sebanyak 138 Kali

Pada tanggal 25 Mei 2019, saya mengunjungi ibu Risna yang beralamat di jl rajawali. Terlebih dahulu saya dan adik kelompokku menghungi bidan puskesmas yang bernama Ibu Dewi, untuk melapor tentang ibu hamil yang dipertanggungjawabkan kepada kami yaitu ibu Risna. Ibu bidan memberikan kerjasama yang sangat baik, kerana ternyata kami sangat mudah untuk mendapatkan informasi dan mudah untuk menghubunginya. Selesai itu, kami ke rumah Ibu Risna untuk mendapatkan data peribadinya. Pada awalnya kami agak khawatir sekiranya kedatangan kami tidak disenangi kerana terburu-buru. Tetapi, Alhamdulillah kunjungan saya dan teman sekelompok saya diterima dengan baik sekali oleh ibu risna. Ibu risna kini sedang mengandungkan anak yang ketiganya. Tiada sebarang keluhan atau komplikasi yang didapati sepanjang saya mengunjungi ibu risna. Alhamdulillah program ini memberi saya peluang untuk membantu ibu hamil seperti ibu risna seperti memberi saranan atau nasihat sekiranya diperlukan. Saya mengharapkan pertemuan untuk kali kedua nanti juga akan memberikan hasil yang baik. Saya akan berusaha untuk terus persisten dalam program ini dalam memastikan keadaan ibu Risna sentiasa baik dan tidak ada sebarang komplikasi. Saya berterima kasih kepada ibu risna kerana sudi bekerjasama dengan baik sekali dan juga sikapnya yang sangat ramah.