Muh. Arfan Al-Qadri
Oleh : SYAHIRAH AMIRRUDIN | Pada : 26 Juli 2015 | Dilihat Sebanyak 395 Kali

Bismillahirrahmanirrahim
Setelah kurang lebih 4 - 5 bulan menunggu, bumilku melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Baby ini lahir pada jam 2.00 petang 17 March 2015. Saya melawat Arfan setelah dua minggu Arfan dilahirkan. Lambat dapat info kerana masalah simcard. Tak dapat merasa duduk dekat hospital sambil berdebar-debar menunggu bunyi jerit tangis baby. Ibu Yusniasari dan Arfan sihat dan dibenarkan balik lepas dua hari di hospital. Alhamdulillah, Arfan tak banyak meragam. Dia banyak minum susu dan tidur yang cukup. In sya Allah, lagi sebulan, akan bertemu Arfan dan ibunya lagi. Semoga kekal sihat dan kuat ya Arfan. Jadi anak yang soleh, yang membanggakan ibu dan ayah. Menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan menurut syari'at Islam kelak, in sya Allah. Welcome to the New World, baby!